UUM LEADS EVENT - PROGRAM ILMU DAN JATI DIRI : KOMUNITI CERDAS, PELAJAR BERASPIRASI






Slide images, click arrows or dots to navigate through media
PROGRAM ILMU DAN JATI DIRI : KOMUNITI CERDAS, PELAJAR BERASPIRASI
Kuantan, 06 Disember 2025 – Bertempat di Dewan Persatuan Penduduk, Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang telah berlangsung Program Ilmu dan Jati Diri : Komuniti Cerdas, Pelajar Beraspirasi anjuran Pelajar UUM Pace Kuantan Bersama Batalion 7 PGA. Program yang dianjurkan ini melibatkan pelajar, guru dan ibu bapa murid SAR KAFA Al-Muhammadiah, Kem Bukit Galing, Kuantan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Supt. Davidson a/l Tanggapan dan juga Pegawai-pegawai Kanan Batalion. Intipati program ini adalah berkenaan dengan Ceramah Anti Buli, Kesan Buruk Penggunaan Gajet, Penjagaan Kesihatan Gigi dan Mulut serta sesi soal jawab dan Kuiz Interaktif (Kahoot). Diharapkan kerjasama program seperti ini bersama institusi pengajian dapat diteruskan agar memberi manfaat dan membentuk generasi yang peka terhadap isu-isu semasa kepada generasi muda di masa akan datang.
Turut hadir Ajutan Batalion, ASP Yunus bin Muhamad, Penceramah Jemputan, ASP Nirmala Devi (JSJ IPK Pahang), ASP Mohd Sumardi (JSJK IPK Pahang), Pensyarah Fakulti Pergigian UIA Kuantan, Dr. Tengku Muhammad Asyraf, Pengarah Program UUM PACE Kuantan, Encik Rosidi bin Mohamed Lidin serta Kompeni-kompeni Komander Batalion 7 PGA.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membina nilai-nilai positif di kalangan pelajar serta komuniti tempatan melalui ceramah pendidikan mengenai anti-buli, penggunaan gajet yang bertanggungjawab, dan kesedaran kesihatan, sambil memupuk kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak berkepentingan komuniti.
